Ahad, 24 Jun 2012

KURSUS GPK BARU

3  hari berada di hotel selesa untuk kursus pengurusan gpk baru.Yang peliknya aku dah jadi GPK 3 tahun tapi dipanggil juga kursus.Pergi juga le. mungkin GPK yang ditukarkan sekolah baru..Yang istimewanya aku saja yang ada  teman sebilik  lelaki ha.ha.ha suamiku yang sama2 berkursus.Setiap hari kena usik dan menjadi bahan ketawa terutama menjelang malam....memang le selesa tapi balik sekolah macam-macam kena buat untuk sekolah dan PPD.Itu tak apa le kita inginkan tranformasi dalam pendidikan.Tak kan le nak di takuk lama lagi.......Kepada rakan-rakan kursus terima ksih kerana diberi kepercayaan menjadi Penghuluwati semasa kursus.Kepada PPPD Bila ada kursus panggil le kita lagi ye.




Ucapan oleh En.Murat bin Arsat Penolong PPDR


peserta kursus

penyampaian hadiah kepada PPD Batu Pahat



Sabtu, 21 April 2012

GAMBAR MESYUARAT AJK PENILAI

 BERSAMA DR.JULISMAH DEKAN UPSI
 BERSAMA RAKAN SEBILK YATI
 KREW AJK PENILAI SHATI,DR JULISMAH DAN YATI
 MENYEMAK TEKS YANG PERLU DIPERBAIKI
 BERSANTAI SELEPAS PENAT MEMERAH OTAK
 BARISAN RAKAN2 AJK PENILAI DARI SELURUH MALAYSIA
 PERBINCANGAN DAN MEMBUAT RUMUSAN
SELEPAS SEMUANYA SELESAI BARULAH BOLEH POSING

MESYUARAT AJK PANEL BUKU TEKS KSSR

Seminggu berada di Subang.Penat juga nak menyemak sebuah buku.Apa pun bersyukur kerana diberi peluang menilai buku.Satu ilmu yang sukar didapati.Terima kasih kepada KPM Bahagian Buku Teksi memberi peluang menganggotai AJK PENILAI.YANG HADIR BERSAMA DALAM MESYUARAT ADA YANG DOKTOR,PROFESEOR,PENSYARAH,PEGAWAI KEMENTERIAN.aku hanya guru biasa sahaja.Tapi gred jawatan hampir sama dengan mereka.Bersyukur dapat duduk sebaris bersama barisan jawatan profesional.Tak sangka pula gred jawatan DG 41 itu memberi banyak pengalaman kepada aku.Tak sia2lah aku mempunyai segulung ijazah.Moga aku dapat meneruskan perkhidmatan dalam melaksanakan dan mereliasasi dasar kementerian. Tak sangka juga dapat bertemu dengan rakan semaktab yang sudah lama tak jumpa orang peneng dan kelantan.Rupa-rupanya dunia ini bulat.

Rabu, 21 Mac 2012

YANG PATAH KAN TUMBUH YANG PERGIKAN BERGANTI

Hari Isnin 19 Mac 2012 merupakan hari terakhir bagi Tn.Hj.Sarkawi menabur bakti di SK Peserai.Semua warga SK Peserai terhutang budi kepada beliau yang telah banyak berjasa dan memberi sumbangan yang bergitu bermakna buat kami semua.Hanya ucapan erima kasih yang dapat kami lapazkan untuk mengiringi pemergian beliau.Apa pun bak kata pepatah "SUDAH MENJADI ADAT PERTEMUAN DAN PERPISAHAN PASTI AKAN BELAKU"
Selamat datang kepada Tn.Hj.Md.Khirom bin Ab.Rahman ke SK Peserai menjadi Guru Besar yang baru semoga kejayaan demi kejayaan yang kami perolehi dapat diteruskan di bawah pentadbiran tuan.Selamat Datang Ke SK Peserai kami sedia memberi komitmen kepada tuan demi kejayaan SK Peserai

Selasa, 13 Mac 2012

LDP YANG SYAHDU

Awal pagi semua guru telah bersedia  di dewan kerana ada LDP.Ucap Utama daripada GB Hj.Sarkawi semua mendengar dengar penuh kyusuk,Akhirnya berita yang menyedihkan diberitahu kepada semua bahawa dia akan berpindak ke SK Penghulu Salleh mulai 1 Mac 2012Selamat bertugas ke Sekolah baru Tn.Hj.Sarkawi semoga apa yang diimpikan tercapai hendaknya dan menjadikan sekolah baru lebih cemerlang.Jasamu tetap dikenang,baktimu tidak terbilang,moga segalanya dipermudahkan.dalam meneruskan kecemerlangan.
PANTUN BUATMU.
Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga

Tanam pinang tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan kami tak lupa
Sudah terpahat di dalam hati



HAYATILAH SENIKATA LAGU
PELANGI PETANG
Ku meniti awan yg kelabu
ku tempuhi lorong yg berliku
mencari sinar yang menerangi
kegelapanku

ku percaya nanti suatu masa
sang suria kan menyinar jua
membawa harapan yg menggunung
bersamanya
engkau tiba bagaikan pelangi
tak bercahaya namun kau berseri
tapi cukup menghiburkan hati ini

seharian waktu bersamamu
tak terasa saat yg berlalu
bagaikan pelangi petang kau kan pasti
pergi jua.

Rabu, 29 Februari 2012

kenangan bersama rakan-rakan di SK Separap

SEKOLAH BARU,JAWATAN BARU.KAWAN BARU.

Menjejakkan kaki di SK Peserai amat mendebarkan kerana  banyak faktor yang perlu difikirkan terutama  sekolah bestari luar bandar yang banyak perkara pelu difahami dan diketahui.Ungkapan sekolah cemerlang telah biasa didengar daripada mulut rakan-rakan dan Guru-guru seangkatan  dan seusia.Walau  apa pun terpaksa diredah jua ranjau dan duri  yang akan dihadapi...........kalau tidak cuba mana nak  tahu semuanya...........
Alhamdulilah setelah  genap 2 bulan semua berjalan dengan lancar.Komitmen guru besar yang  HEBAT tidak dapat  diucap dan dibayar dengan wang ringgit. Warga SK Peserai  tidak kurang hebatnya dalam memastikan kecemerlangan sekolah.APA YANG PENTING?...............KERJASAMA.
Moga sepanjang berada di sini dapatlah menaburkan bakti dengan ikhlas dan setulus hati.Tabahkan hati ini  dalam menempuh segala dugaan yang akan diberi dan diterima.
Kerja dengan ikhlas dan  tawakal kepada ALLAH