Awal pagi semua guru telah bersedia di dewan kerana ada LDP.Ucap Utama daripada GB Hj.Sarkawi semua mendengar dengar penuh kyusuk,Akhirnya berita yang menyedihkan diberitahu kepada semua bahawa dia akan berpindak ke SK Penghulu Salleh mulai 1 Mac 2012Selamat bertugas ke Sekolah baru Tn.Hj.Sarkawi semoga apa yang diimpikan tercapai hendaknya dan menjadikan sekolah baru lebih cemerlang.Jasamu tetap dikenang,baktimu tidak terbilang,moga segalanya dipermudahkan.dalam meneruskan kecemerlangan.
PANTUN BUATMU.
Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga
Tanam pinang tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan kami tak lupa
Sudah terpahat di dalam hati
HAYATILAH SENIKATA LAGU
PELANGI PETANG
Ku meniti awan yg kelabu
ku tempuhi lorong yg berliku
mencari sinar yang menerangi
kegelapanku
ku percaya nanti suatu masa
sang suria kan menyinar jua
membawa harapan yg menggunung
bersamanya
engkau tiba bagaikan pelangi
tak bercahaya namun kau berseri
tapi cukup menghiburkan hati ini
seharian waktu bersamamu
tak terasa saat yg berlalu
bagaikan pelangi petang kau kan pasti
pergi jua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan